Sejarah Sekolah
SMA MAKARIMUL AKHLAK
Segala puji dan puja hanya ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli bait, para sahabat dan mereka yang memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.
Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak ini telah di asaskan oleh Tuan Guru Haji Abdullah Kecik sekitar tahun 1953. Ia masih lagi beroperasi sehingga kini dan menjadi pilihan masyarakat setempat, maupun jauh. SMAMA merupakan sebuah sekolah agama yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM dan diselia oleh IPDA dan Institut Aminudin Baki. SMAMA juga melaksanakan kurikulum Dini Al Azhar dan KSSM Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sekolah ini juga mempunyai pelajar daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk daripada golongan asnaf yang terdiri daripada anak yatim miskin dan fakir miskin. Jumlah keseluruhan pelajar adalah seramai 200 orang dan 70% daripadanya adalah golongan asnaf, segala kos yang berkaitan asnaf ditanggung oleh pihak sekolah.
Sekolah ini mempunyai cawangan di Baling Kedah atas nama Pusat Ilmu Alim Dan Tahfiz Tuan Haji Awang Long, yang menempatkan 20 pelajar berumur 9 tahun hingga 15 tahun dan keseluruhan mereka daripada keluarga asnaf.
Semoga pusat pengajian ini akan terus berkembang dengan kemajuan ummah dalam era yang mencabar.