Prakata

TUAN SHEIKH MUMTAZ JUHDI BIN MOHAMAD
PENGETUA, SMA MAKARIMUL AKHLAK
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Merafak puji syukur ke hadrat Ilahi atas rahmat dan kasih sayangNya kita berhimpun di dalam dewan yang mulia ini bagi menjayakan Majlis Perasmian Pelancaran Bangunan Baharu Fasa 2 SMA Makarimul Akhlak.

Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak SMAMA ini telah diasaskan oleh Tuan Guru Haji Abdullah Kecik sekitar tahun 1953. Ia masih lagi beroperasi sehingga kini dan menjadi pilihan masyarakat setempat, mahupun jauh.

SMAMA merupakan sebuah sekolah agama yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM dan diselia oleh IPDA dan Institut Aminudin Baki. SMAMA juga melaksanakan kurikulum Dini Al-Azhar dan KSSM Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekolah ini juga mempunyai pelajar daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk daripada golongan asnaf yang terdiri daripada anak yatim miskin dan fakir miskin. Jumlah keseluruhan pelajar adalah seramai 220 orang dan 70% daripadanya adalah golongan asnaf, segala kos yang berkaitan asnaf ditanggung oleh pihak sekolah.

Sekolah ini mempunyai cawangan di Baling Kedah atas nama Pusat Ilmu Alim Dan Tahfiz Tuan Haji Awang Long, yang menempatkan 20 pelajar berumur 9 tahun hingga 15 tahun dan keseluruhan mereka daripada keluarga asnaf.

Untuk akhirnya marilah sama-sama kita doakan agar segala urusan yang berkaitan dengan pembinaan ini dipermudahkan dan hasrat sekolah ini untuk mendirikan bangunan baharu fasa 2 ini berjalan lancar. Amin.

Sekian terima kasih, wassalam.

Scroll to Top