![](https://smama.maahad.my/wp-content/uploads/2023/08/3.jpg)
Sempena dengan bulan kemerdekaan, pihak sekolah telah mengambil kesempatan untuk memperkenalkan kepada umum khususnya kepada ibu bapa mengenai laman web sekolah yang berwajah baru bagi mendokumentasikan laporan sekolah. Walaupun banyak sekolah telah menggunakan saluran media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dalam menyampaikan info sekolah, di SMAMA kami masih percaya laman web masih kekal relevan dengan ciri-ciri istimewanya dalam menyampaikan maklumat.
   Laman web sekolah baru sahaja dibangunkan dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat perunding yang dilantik bagi membantu dan menyalurkan info dan berita aktiviti sekolah kepada umum. Sepertimana diketahui umum, selain menyampaikan info, inisiatif sekolah ini bertujuan memberi peluang untuk mencungkil bakat anak-anak bekarya dalam penerbitan atas talian.
  Â
   Pihak sekolah sentiasa terbuka dalam menerima idea dan komen membina dalam mempertingkatkan mutu penyampaian maklumat melalui laman web ini. Sebarang cadangan dan idea boleh disalurkan melalui laman web ini di bahagian hubungi.